PROFILE SMART BILLION SOLUTION

SMART BILLION SOLUTION di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada November 2014. Walaupun dengan modal yang kecil di awal penubuhan syarikat, SMART BILLION SOLUTION berjaya mengatasi masalah untuk melahirkan produk yang berkualiti kerana kebanyakkan sumber bahan untuk membuat produk dicari sendiri secara tradisional di hutan-hutan seluruh Malaysia oleh ahli SMART BILLION SOLUTION sendiri.

Walaupun ianya rumit untuk dilakukan, ahli SMART BILLION SOLUTION tekad untuk mengatasi halangan tersebut bagi merangka masa depan yang lebih cerah di masa hadapan.

SMART BILLION SOLUTION adalah gabungan 100% usahawan bumiputera yang terlibat dalam pengeluaran produk-produk yang berasaskan herba bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Penghasilan produk dimajukan hasil dari pengalaman dan kepakaran ahli SMART BILLION SOLUTION sendiri iaitu:



1- Ust Syakirin
Pengasas Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) yang merupakan bekas jurutera petroleum dimana beliau adalah pengamal rawatan Islam dan Alternatif serta dalam pengamalan Alopati, Chinese Medicine, Kiropraktik, Herbalis dan Psikologi.


2- Sdr. Andy
Usahawan muda yang berasal dari keluarga bisnes. Banyak terlibat dengan strategi pemasaran hingga mampu membuka 3 cawangan kedai pakaian dan kedai telefon bimbit. Beliau juga terlibat dengan kerjaya sampingan sebagai ejen hartanah.


3- Ust Amir Faisal
Beliau adalah Muallij Rawatan Islam yang aktif membantu pesakit secara persendirian. Beliau adalah Penasihat Smart Billion dalam semua selok belok penghasilan produk.


Objektif:

1. Menjadi pengeluar produk bumiputra sendiri berasaskan herba dan khazanah alam.
2. Mensasar pemasaran global pada produk jenama sendiri.
3. Menjadi contoh ikutan generasi muda agar terlibat dalam perniagaan.
4. Memastikan kualiti dan kreativi produk halal dan bersih.